TEKS BAHASA ARAB
لا يجتمع الإيمان والبخل في قلب رجل مؤمن أبدا ومن أوتي السماحة مع الإيمان فقد أوتي أخلاق الأنبياء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak berhimpun selama-lamanya sifat iman dan bakhil dalam sanubari orang yang beriman. Sesiapa yang diberikan sifat tolak ansur beserta keimanan, maka dia telah dikurniakan akhlak para Nabi.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 137, hadis nombor 689. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبدالعزيز بن سعيد عن أبيه عن النبي ﷺ قال: لا يجتمع الإيمان والبخل في قلب رجل مؤمن أبداً، ومن أوتي السماحة مع الإيمان فقد أوتي أخلاق الأنبياء. [عد, الضعيفة، (6063)].
(Palsu) Daripada ‘Abd al-‘Azīz ibn Sa‘īd, daripada bapanya, daripada Nabi SAW telah bersabda: Tidak berhimpun selama-lamanya sifat iman dan bakhil dalam sanubari orang yang beriman. Sesiapa yang diberikan sifat tolak ansur beserta keimanan, maka dia telah dikurniakan akhlak para Nabi. [Diriwayatkan oleh Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6063)]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.