Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يجتمعُ الإيمانُ والبُخلُ في قلبِ رجلٍ مؤمنٍ أبدًا ومَن أُوتيَ السَّماحةَ معَ الإيمانِ ؛ فقد أُوتيَ أخلاقَ الأنبياءِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak berhimpun selama-lamanya sifat iman dan bakhil dalam sanubari orang yang beriman. Sesiapa yang diberikan sifat tolak ansur beserta keimanan, maka dia telah dikurniakan akhlak para Nabi.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 137, hadis no. 689. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبدالعزيز بن سعيد عن أبيه عن النبي ﷺ قال: لا يجتمع الإيمان والبخل في قلب رجل مؤمن أبداً، ومن أوتي السماحة مع الإيمان فقد أوتي أخلاق الأنبياء. [عد, الضعيفة، (6063)].
(Palsu) Daripada ‘Abd al-‘Azīz ibn Sa‘īd, daripada bapanya, daripada Nabi SAW telah bersabda: Tidak berhimpun selama-lamanya sifat iman dan bakhil dalam sanubari orang yang beriman. Sesiapa yang diberikan sifat tolak ansur beserta keimanan, maka dia telah dikurniakan akhlak para Nabi. [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6063)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman