Tidak berhimpun satu kumpulan, lalu sebahagian daripada mereka berdoa dan sebahagian yang lain mengaminkan

TEKS BAHASA ARAB

لا يجتمع ملأ فيدعو بعضهم، ويؤمن سائرهم، إلا أجابهم الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak berhimpun satu kumpulan, lalu sebahagian daripada mereka berdoa dan sebahagian yang lain mengaminkan melainkan doa tersebut akan dikabulkan oleh Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1543, hadis nombor 7837. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن حبيب بن مسلمة الفهري -رضي الله عنه- وكان مستجابا-: أنه أمر على جيش، فدرب الدروب، فلما لقي العدو؛ قال للناس: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((لا يجتمع ملأ فيدعو بعضهم، ويؤمن سائرهم، إلا أجابهم الله)). ثم إنه حمد الله وأثنى عليه فقال: اللهم احقن دماءنا، واجعل أجورنا أجور الشهداء. فبينا هم على ذلك إذ نزل (الهنباط) أمير العدو، فدخل على حبيب سرادقه. [طب، ابن عساكر، ك، البيهقي في ((دلائل النبوة))، ((الضعيفة)) (5968)]

(Lemah)
Daripada Ḥabīb bin Maslamah al-Fihrī RA (dan dia merupakan seorang mustajab doanya): Sesungguhnya dia diperintahkan untuk mengetuai tentera dan mereka memasuki tempat musuh. Apabila mereka bertemu dengan musuh, dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak berhimpun satu kumpulan, lalu sebahagian daripada mereka berdoa dan sebahagian yang lain mengaminkan melainkan doa tersebut akan dikabulkan oleh Allah. Kemudian, dia memuji Allah dan mengagungkan-Nya seraya berdoa: Ya Allah! Lindungilah darah kami, jadikanlah pahala kami seperti pahala para syuhada. Maka pada saat mereka seperti itu, datanglah (ketua tentera) pemimpin pasukan musuh lalu dia masuk ke dalam khemah Ḥabīb.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqī dalam Dalāil al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5968]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs