Tidak bercampur cintaku dengan kalbu seorang hamba, lalu dia mencintaiku, melainkan Allah haramkan jasadnya terhadap neraka

TEKS BAHASA ARAB

ما اختلط حبي بقلب عبد فأحبني ؛ إلا حرم الله جسده على النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak bercampur cintaku dengan kalbu seorang hamba, lalu dia mencintaiku, melainkan Allah haramkan jasadnya terhadap neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1853, hadis nombor 9355. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عطية، قال:كنت مع ابن عمر جالساً، فقال رجل: لوددت أني رأيت رسول الله ﷺ، فقال له ابن عمر: فكنت تصنع ماذا؟ قال: كنت والله أؤمن به، وأقبل ما بين عينيه، وأطيعه، فقال له ابن عمر: ألا أبشرك؟ قال: بلى يا أبا عبد الرحمن! فقال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: ((ما اختلط حبي بقلب عبد فأحبني؛ إلا حرم الله جسده على النار)). [حل، فر، ((الضعيفة))، (4415)].

(Palsu) Daripada ‘Atiyah, beliau berkata: Pernah ketika saya sedang duduk bersama Ibn ‘Umar, lalu seorang lelaki berkata: Saya berharap bahawa saya pernah lihat Rasulullah SAW. Lalu Ibn Umar berkata kepadanya: Jadi, apa yang kamu akan lakukan? Dia berkata: Sudah pasti ketika itu, demi Allah saya akan beriman dengan baginda. Saya akan mencium dahi baginda dan akan mentaati baginda. Lalu Ibn Umar berkata: Mahukah jika saya sampaikan berita gembira untukmu? Dia berkata: Sudah tentu wahai Abu Abd al-Rahman! Maka beliau berkata: Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak bercampur cintaku dengan kalbu seorang hamba, lalu dia mencintaiku, melainkan Allah haramkan jasadnya terhadap neraka.
[Riwayat Abu Nu‘aim dalam al-Hilyah dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4415].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs