Tidak berbentuk sebiji roti

TEKS BAHASA ARAB

لا يستدير الرغيف ويوضع بين يديك حتى يعمل فيه ثلاث مئة وستون صانعا أولهم ميكائيل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak berbentuk sebiji roti dan diletakkan di hadapanmu sehingga diperbuat padanya tiga ratus enam puluh pembuat yang utama dalam kalangan mereka ialah Mika’il.

STATUS

Tidak Ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 208, hadis nombor 403. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال العراقي: لم أجد له أصلا.

Al-Iraqi berkata: Aku tidak menemui asal baginya.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs