Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما حسَّنَ اللَّهُ عزَّ وجلَّ خَلقَ امرئٍ ولا خُلُقَهُ فَتَطْعَمهُ النَّارُ أبدًا.
Teks Bahasa Melayu
Tidak Allah Azza wa Jalla memperelokkan ciptaan seseorang dan tidak pula akhlaknya lalu dia akan dimakan oleh api neraka selamanya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 82, hadis no. 405. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعاً: ما حسَّن الله -عَّز وجلَّ - خلق امرئ ولا خلقه فتطعمه النار أبداً. [تمام، ((الضعيفة)) (4436)]
(Daif) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi S.A.W): Tidaklah Allah Azza wa Jalla memperelokkan ciptaan seseorang dan tidak pula akhlaknya lalu dia akan dimakan oleh api neraka selamanya. [Riwayat Tammam dalam al-Fawa`id. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4436]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman