Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما زوَّجتُ عثمانَ أُمَّ كُلثومٍ إلَّا بوَحيٍ من السَّماءِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak aku kahwinkan ‘Uthman dengan Umm Kulthum melainkan dengan wahyu daripada langit.
Sahabat Perawi
- Umm ‘Iyash RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1854, hadis no. 9359. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أم عياش -رضي الله عنها - مرفوعا: ((ما زوَّجتُ عثمانَ أُمَّ كُلثومٍ إلَّا بوَحيٍ من السَّماءِ)). [تخ، طس، خط، ((الضعيفة))، (4445)].
(Lemah) Daripada Umm ‘Iyash RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak aku kahwinkan ‘Uthman dengan Umm Kulthum melainkan dengan wahyu daripada langit. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4445].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman