TEKS BAHASA ARAB
لم يمت نبي حتى يؤمه رجل من قومه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak akan wafat seseorang Nabi sehingga dia diimamkan oleh seseorang daripada kaumnya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1852, hadis nombor 9347. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن المغيرة بن شعبة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((لم يَمُت نبي حتى يُؤَمَّه رَجُلٌ من قومه)). [ك، ((الضعيفة))، (4339)].
(Lemah) Daripada al-Mughirah bin Syu’bah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Tidak akan wafat seseorang Nabi sehingga dia diimamkan oleh seseorang daripada kaumnya.”
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadraknya. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4339].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.