Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ia dikuasai oleh seorang lelaki daripada kalangan ahli baitku

TEKS BAHASA ARAB

لا تقوم الساعة حتى يملك رجل من أهل بيتي يفتح القسطنطينية وجبل الديلم ولو لم يبق إلا يوم طول الله ذلك اليوم حتى يفتحها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ia dikuasai oleh seorang lelaki daripada kalangan ahli baitku dan membuka konstantinopel dan gunung Dailam. Sekiranya tidak tinggal kecuali sehari, nescaya Allah akan memanjangkan hari tersebut sehingga dia membuka kota tersebut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 147, hadis nombor 336. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

يحيى بن عبد الحميد وثقه ابن معين وغيره وتكلم فيه أحمد.

Yahya bin Abdul Hamid ialah seorang yang dianggap thiqah oleh Ibnu Hibban dan ulama-ulama hadis yang lain. Tetapi Imam Ahmad masih berbicara tentangnya (mendaifkannya).

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs