Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah kitab Allah dijadikan sebagai bahan cacian

Teks Bahasa Arab

لا تقومُ الساعةُ حتى يُجعلَ كتابُ اللهِ عارًا، ويكونَ الإسلامُ غريبًا، وحتى يبدو الشحناءُ بين الناسِ، وحتى يُقبضَ العِلمُ، ويتقارب الزمانُ، وينقصَ عمرُ البشرِ، وينتقصُ السنونُ والثمراتِ، ويُؤمَّنَ التهماءُ، ويُتَّهَمَ الأمناءُ، ويُصدَّقَ الكاذبُ، ويُكذَّبَ الصادقُ، ويكثُرَ الهَرْجُ، قالوا: وما الهَرْجُ يا رسولَ اللهِ!؟ قال: القتلُ، وحتى تُبنى الغرفُ فتطاولَ، وحتى يحزنَ ذواتُ الأولادِ، وتفرحَ العواقرُ، ويظهرَ البغيُ والحسدُ والشُّحُّ، ويهلك الناسُ، ويكثُرَ الكذبُ، ويقلَّ الصدقُ، وتختلف الأمورُ بين الناسِ، ويُتَّبعَ الهوى، ويُقضى بالظنِّ، ويكثُرَ المطرُ، ويقلَّ الثمرُ، ويغيضَ العلمُ غيضًا، ويفيض الجهلُ فيضًا، وحتى يكون الولدُ غيظًا، والشتاءُ قيظًا، وحتى يجهرَ بالفحشاءِ، ويروى الأرضَ ريًّا، ويقومَ الخطباءُ بالكذبِ فيجعلون حقي لشرارِ أمتي، فمن صدَّقَهم بذلك ورضيَ به؛ لم يَرَحْ رائحةَ الجنةِ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah kitab Allah dijadikan sebagai bahan cacian, islam menjadi asing, pergaduhan antara manusia makin berleluasa, diangkatnya ilmu, masa yang makin cepat, umur manusia yang makin berkurang, tahun dan buah-buahan makin berkurang, orang yang khianat dipercayai manakala orang yang amanah dituduh, orang membenarkan pembohong dan mendustakan orang yang benar, dan banyaknya al-Haraj. Mereka bertanya: Apakah itu al-Haraj wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Pembunuhan. Manusia pula berlumba-lumba meninggikan bangunan mereka, orang yang mempunyai anak yang ramai bersedih, orang yang mandul bergembira, timbulnya kejahatan, kedengkian dan kebakhilan serta manusia meninggal dunia. Banyaknya pembohongan, sedikitnya kebenaran, manusia pula berselisih faham dalam sesuatu perkara, hawa nafsu dituruti, hukuman diputuskan dengan sangkaan, banyaknya hujan, sedikitnya buah-buahan, ilmu mula menghilang sedikit demi sedikit, kejahilan makin tersebar, sehinggalah seorang anak itu menjadi pemarah, musim sejuk menjadi panas, kejahatan dibuat secara terang-terangan, bumi mula tandus, bangunnya penceramah-penceramah yang dusta lalu mereka menjadikan hakku (hadith) kepada sejahat-jahat umatku. Barang siapa yang membenarkan mereka di atas perbuatan mereka dan meredhai mereka, nescaya dia akan mencium bau syurga.

Sahabat Perawi

  1. Abu Musa al-Ash’ari

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 964, hadis no. 4975. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي موسى الأشعري -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: ((لا تقوم الساعة حتى يجعل كتاب الله عارا، ويكون الإسلام غريبا، وحتى يبدو الشحناء بين الناس، وحتى يقبض العلم ويتقارب الزمان، وينقص عمر البشر، وينتقص السنون والثمرات، ويؤمن التهماء، ويتهم الأمناء، ويصدق الكاذب، ويكذب الصادق، ويكثر الهرج))، قالوا: وما الهرج يا رسول الله؟ قال: ((القتل، وحتى تبنى الغرف فتطاول، وحتى يحزن ذوات الأولاد، ويفرح العواقر، ويظهر البغي والحسد والشح، ويهلك الناس، ويكثر الكذب، ويقل الصدق، وتختلف الأمور بين الناس، ويتبع الهوى، ويقضى بالظن، ويكثر المطر، ويقل الثمر، ويغيض العلم غيضا، ويفيض الجهل فيضا، وحتى يكون الولد غيظا، والشتاء قيظا، وحتى يجهر بالفحشاء، ويروى الأرض ريا، ويقوم الخطباء بالكذب فيجعلون حقي لشرار أمتي. فمن صدقهم بذلك ورضي به، لم يرح رائحة الجنة)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) 6156].

(Lemah) Daripada Abu Musa al-Ash’ari RA dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah kitab Allah dijadikan sebagai bahan cacian, islam menjadi asing, pergaduhan antara manusia makin berleluasa, diangkatnya ilmu, masa yang makin cepat, umur manusia yang makin berkurang, tahun dan buah-buahan makin berkurang, orang yang khianat dipercayai manakala orang yang amanah dituduh, orang membenarkan pembohong dan mendustakan orang yang benar, dan banyaknya al-Haraj. Mereka bertanya: Apakah itu al-Haraj wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Pembunuhan. Manusia pula berlumba-lumba meninggikan bangunan mereka, orang yang mempunyai anak yang ramai bersedih, orang yang mandul bergembira, timbulnya kejahatan, kedengkian dan kebakhilan serta manusia meninggal dunia. Banyaknya pembohongan, sedikitnya kebenaran, manusia pula berselisih faham dalam sesuatu perkara, hawa nafsu dituruti, hukuman diputuskan dengan sangkaan, banyaknya hujan, sedikitnya buah-buahan, ilmu mula menghilang sedikit demi sedikit, kejahilan makin tersebar, sehinggalah seorang anak itu menjadi pemarah, musim sejuk menjadi panas, kejahatan dibuat secara terang-terangan, bumi mula tandus, bangunnya penceramah-penceramah yang dusta lalu mereka menjadikan hakku (hadith) kepada sejahat-jahat umatku. Barang siapa yang membenarkan mereka di atas perbuatan mereka dan meredhai mereka, nescaya dia akan mencium bau syurga. [Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6156].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.