TEKS BAHASA ARAB
لا يتم شهران ستين يوما.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak akan sempurna dua bulan dengan 60 hari.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1161, hadis nombor 5871. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عَنْ سَمُرَةَ بن جُنْدُبٍ قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لا يَتِمُّ شَهْرَانِ سِتِّينَ يَوْماً.
(Palsu) Daripada Samurah bin Jundab RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan sempurna dua bulan dengan 60 hari. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn Jawzi. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6453]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.