Tidak akan menulis mushaf-mushaf kami melainkan anak-anak daripada Quraisy dan Thaqif (kabilah)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا يملين مصاحفنا إلا غلمان قريش وثقيف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak akan menulis mushaf-mushaf kami melainkan anak-anak daripada Quraisy dan Thaqif (kabilah).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1544, hadis nombor 7839. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن سمرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا يملين مصاحفنا إلا غلمان قريش وثقيف)). [خط، ((الضعيفة)) (5830)]

(Lemah)
Daripada Jābir bin Samurah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan menulis mushaf-mushaf kami melainkan anak-anak daripada Quraisy dan Thaqif (kabilah).
[Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5830]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.