Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يدخلُ الجنةَ مسكينٌ مستكبرٌ، ولا شيخٌ زانٍ، ولا مَنَّانٌ على اللهِ بعَمَلِه.
Teks Bahasa Melayu
Tidak akan masuk syurga orang miskin yang sombong, orang tua yang berzina, serta orang yang mengungkit dengan amalannya terhadap Allah.
Sahabat Perawi
- Nafi’ maula Rasulullah SAW
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 827, hadis no. 4248. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بجملة: المنان)) عن نافع مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا يدخل الجنة مسكين مستكبر، ولا شيخ زان، ولا منان على الله بعمله)). [تخ، ابن قانع، أبو نعيم في ((المعرفة))، طب، ((الضعيفة)) (6877)]
(Munkar dengan lafaz: al-Manan) Daripada Nafi’ maula Rasulullah SAW berkata: Rasulullah SAW berkata kepadaku: Tidak akan masuk syurga orang miskin yang sombong, orang tua yang berzina, serta orang yang mengungkit dengan amalannya terhadap Allah. [Riwayat al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, Ibn Qani’ dalam Mu’jam al-Sahabah, Abu Nu’aim dalam al-Ma’rifah dan al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6877]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman