Tidak akan masuk syurga lima golongan

TEKS BAHASA ARAB

لا يدخل الجنة صاحب خمس: ‌مدمن ‌خمر، ولا مؤمن بسحر، ولا قاطع رحم، ولا كاهن، ولا منان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak akan masuk syurga lima golongan: Orang yang meminum arak, yang beriman dengan sihir, yang memutuskan silaturrahim, tukang tilik dan orang yang suka berbangga dengan hartanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 774, hadis nombor 3963. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: ((لا يدخل الجنة صاحب خمس: ‌مدمن ‌خمر، ولا مؤمن بسحر، ولا قاطع رحم، ولا كاهن، ولا منان)).] حم، الخطيب في ((الموضح))، السهمي، ((الضعيفة)) (1464)]

(Lemah) Daripada Abu Said al-Khudri RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan masuk syurga lima golongan: Orang yang meminum arak, yang beriman dengan sihir, yang memutuskan silaturahim, tukang tilik dan orang yang suka berbangga dengan hartanya. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, al-Khatib dalam al-Muwaddah, al-Sahmi dalam Tarikh Jurjan. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1464]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs