Tidak akan masuk syurga anak zina

TEKS BAHASA ARAB

 لا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ وَلَدُ زِنَا

TEKS BAHASA MALAYSIA

tidak akan masuk syurga anak yang lahir daripada jenayah zina.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Antara hadis palsu juga adalah hadis-hadis yang menyebutkan tidak akan masuk syurga anak yang lahir daripada jenayah zina.
Berkata Abu Farag Ibn Al-Jauzi: “Tiada yang sahih dari hadis-hadis tersebut, dan ia bertentangan dengan firman Allah: (ولا تزر وازرة وزر أخرى) yang bermaksud: ‘Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja) – al-Isra’: 15”.
Aku berkata: Jika hadis ini sahih, maka ia tidak bertentangan dengan ayat di atas. Anak zina tidak diharamkan baginya syurga hanya kerana perbuatan ibu atau bapanya, akan tetapi satu benih yang buruk tidak akan tercipta baik mengikut kebiasaannya, dan tidak akan memasuki syurga kecuali jiwa yang baik. Jika anak jenis ini (anak zina) adalah seorang yang baik, maka dia layak memasuki syurga. Hadis ini telah mengkhususkan yang umum.
Terdapat hadis yang mencelanya (anak zina): “Ia mengumpul 3 keburukan”. Ia adalah hadis hasan, dan maknanya adalah sahih dengan iktibar seperti ini.
Sesungguhnya keburukan ibu bapa adalah sesuatu yang tidak disengajakan, manakala benih itu pula benih yang buruk, yang buruk daripada induknya dan kejahatan pelakunya.

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon