Tidak akan masuk syurga anak kepada wanita penzina

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لا يدخل الجنة ولد زانية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tidak akan masuk syurga anak kepada wanita penzina.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 223, hadis nombor 710. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وذكره ابن القيم بلفظ: ولد زنا، وقال كابن الجوزي: موضوع، لكن رواه أبو نعيم، عن مجاهد عن أبي هريرة مرفوعا، وأعله الدارقطني بأن مجاهدا لم يسمع من أبي هريرة.

Ibn al-Qayyim menyebutkan dengan lafaz: Anak zina dan beliau menyatakan sebagaimana kata Ibn al-Jauzi berkata: Palsu.

Namun, Abu Nu’aim ada meriwayatkannya daripada Mujahid daripada Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). al-Daraqutni menilainya sebagai ma’lul kerana Mujahid tidak sempat mendengar hadith daripada Abu Hurairah.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs