Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: لَا يدْخل الْجنَّة ولد زَانِيَة.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Tidak akan masuk syurga anak kepada wanita penzina.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 223, hadis no. 710. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وذكره ابن القيم بلفظ: ولد زنا، وقال كابن الجوزي: موضوع، لكن رواه أبو نعيم، عن مجاهد عن أبي هريرة مرفوعا، وأعله الدارقطني بأن مجاهدا لم يسمع من أبي هريرة.
Ibn al-Qayyim menyebutkan dengan lafaz: Anak zina dan beliau menyatakan sebagaimana kata Ibn al-Jawzi berkata: Palsu. Namun, Abu Nu'aim ada meriwayatkannya daripada Mujahid daripada Abu Hurairah secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW). al-Daraqutni menilainya sebagai ma'lul kerana Mujahid tidak sempat mendengar hadis daripada Abu Hurairah.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman