Tidak akan masuk neraka orang yang menangis kerana takutkan Allah

TEKS BAHASA ARAB

لا يلج النار من بكى من خشية الله، ولا يدخل الجنة مصر على معصية، ولو لم تذنبوا لجاء الله بقوم يذنبون فيغفر لهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak akan masuk neraka orang yang menangis kerana takutkan Allah. Dan tidak akan masuk syurga orang yang berterusan melakukan perkara maksiat. Meskipun kalian tidak melakukan dosa, Allah pasti akan datang kepada suatu kaum yang melakukan dosa, lalu Dia mengampunkan dosa mereka.

STATUS

Palsu Pada Perenggan: Berterusan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2065 hadis nombor 10373. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بفقرة ((الإصرار)))
عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: لما نزلت {أفمن هذا الحديث تعجبون وتضحكون ولا تبكون} [النجم: 60-59]؛ بكى أصحاب الصفة حتى جرت دموعهم على خدودهم، فلما سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم حنينهم؛ بكى معهم، فبكينا ببكائه، فقال صلى الله عليه وسلم: لا يلج النار من بكى من خشية الله، ولا يدخل الجنة مصر على معصية، ولو لم تذنبوا لجاء الله بقوم يذنبون فيغفر لهم.
[هب، ((الضعيفة)) (6695)]

(Palsu Pada Perenggan: Berterusan)
Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Ketika mana turun ayat {Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)? Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)?} [Surah al-Najm: 59-60]. Para ahli al-Suffah menangis sehinggakan air mata mereka mengalir di atas pipi mereka. Maka ketika Rasulullah SAW mendengar kerasnya ratapan tangisan mereka, baginda turut menangis bersama mereka. Lalu kami juga menangis dengan sebab tangisan baginda. Baginda SAW bersabda: Tidak akan masuk neraka orang yang menangis kerana takutkan Allah. Dan tidak akan masuk syurga orang yang berterusan melakukan perkara maksiat. Meskipun kalian tidak melakukan dosa, Allah pasti akan datang kepada suatu kaum yang melakukan dosa, lalu Dia mengampunkan dosa mereka.
[Riwayat al-Bayhaqī dalam Syu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6695]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs