Tidak akan masuk ke dalam syurga seorang miskin

TEKS BAHASA ARAB

لا يدخل الجنة مسكين مستكبر، ولا شيخ زان، ولا منان على الله بعمله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak akan masuk ke dalam syurga seorang miskin yang takabbur. Juga tidak akan masuk syurga seorang tua yang berzina, serta tidak akan masuk syurga seseorang yang bermegah-megah ke atas Allah dengan amalannya.

STATUS

Munkar Dengan Ayat المنان

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 165, hadis nombor 831. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بجملة المنان)
عن نافع مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا يدخل الجنة مسكين مستكبر، ولا شيخ زان، ولا منان على الله بعمله.
[تخ، ابن قانع، أبو نعيم في ((المعرفة))، طب، ((الضعيفة)) (6877)]

(Munkar Dengan Ayat المنان)
Daripada Nafi’ Maula Rasulullah SAW, beliau berkata: Rasulullah SAW berkata kepadaku: Tidak akan masuk ke dalam syurga seorang miskin yang takabbur. Juga tidak akan masuk syurga seorang tua yang berzina, serta tidak akan masuk syurga seseorang yang bermegah-megah ke atas Allah dengan amalannya.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Ibn Qani’, Abu Nu’aim dalam al-Ma’rifah, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6877]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs