Munkar Dengan Ayat Orang Yang Bermegah-Megah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يدخلُ الجنةَ مسكينٌ مستكبرٌ، ولا شيخٌ زانٍ، ولا مَنَّانٌ على اللهِ بعَمَلِه.
Teks Bahasa Melayu
Tidak akan masuk ke dalam syurga seorang miskin yang takabbur. Juga tidak akan masuk syurga seorang tua yang berzina, serta tidak akan masuk syurga seseorang yang bermegah-megah ke atas Allah dengan amalannya.
Sahabat Perawi
- Nafi’ Maula Rasulullah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar Dengan Ayat Orang Yang Bermegah-Megah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 165, hadis no. 831. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar Dengan Ayat Orang Yang Bermegah-Megah) Daripada Nafi’ Maula Rasulullah SAW, beliau berkata: Rasulullah SAW berkata kepadaku: Tidak akan masuk ke dalam syurga seorang miskin yang takabbur. Juga tidak akan masuk syurga seorang tua yang berzina, serta tidak akan masuk syurga seseorang yang bermegah-megah ke atas Allah dengan amalannya. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Ibn Qani’, Abu Nu’aim dalam al-Ma’rifah, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6877]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman