Tidak akan masuk ke dalam neraka seseorang yang menangis kerana takutkan Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا يلج النار من بكى من خشية الله، ولا يدخل الجنة مصر على معصية، ولو لم تذنبوا لجاء الله بقوم يذنبون فيغفر لهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak akan masuk ke dalam neraka seseorang yang menangis kerana takutkan Allah, dan tidak akan masuk syurga barang siapa yang sentiasa melakukan maksiat, walaupun mereka tidak berdosa Allah akan datangkan sebuah kaum yang berdosa lalu diampunkan bagi mereka.

STATUS

Mawdu’

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1604, hadis nombor 8090. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بفقرة: الإصرار) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: لما نزلت {أفمن هذا الحديث تعجبون وتضحكون ولا تبكون} ؛ بكى أصحاب الصفة حتى جرت دموعهم على خدودهم، فلما سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم حنينهم؛ بكى معهم، فبكينا ببكائه، فقال صلى الله عليه وسلم: ((لا يلج النار من بكى من خشية الله، ولا يدخل الجنة مصرٌّ على معصية، ولو لم تذنبوا لجاء الله بقوم يذنبون فيغفر لهم)). [هب، ((الضعيفة)) (6695)].

(Palsu pada perenggan al-Israr (berterusan melakukan maksiat))
Daripada Abu Hurairah RA: Bila mana turunnya firman Allah SWT: {Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan al-Quran ini, Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis?} (al-Najm: 59-60), menangis para sahabat daripada kalangan Ahli Suffah sehingga mengalir air mata mereka di pipi mereka, dan apabila Rasulullah SAW mendengar tangisan mereka, Baginda menangis bersama mereka dan kami juga turun nangis kerana tangisan Baginda. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan masuk ke dalam neraka seseorang yang menangis kerana takutkan Allah, dan tidak akan masuk syurga siapa yang sentiasa melakukan maksiat, sekiranya suatu kaum itu tidak berdosa, Allah akan datangkan satu kaum yang lain yang berbuat dosa lalu diampunkan bagi mereka.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6695)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.