Mawdu'
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يَلِجُ النارَ مَنْ بَكَى من خشيةِ اللهِ، ولا يَدخُلُ الجنةَ مُصِرٌّ على مَعصيةٍ، ولَوْ لَمْ تُذنِبُوا، لجاءَ اللهُ بِقومٍ يُذنِبونَ فيَغفِرَ لَهُمْ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak akan masuk ke dalam neraka seseorang yang menangis kerana takutkan Allah, dan tidak akan masuk syurga barang siapa yang sentiasa melakukan maksiat, walaupun mereka tidak berdosa Allah akan datangkan sebuah kaum yang berdosa lalu diampunkan bagi mereka.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Mawdu'
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1604, hadis no. 8090. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بفقرة: الإصرار) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: لما نزلت {أفمن هذا الحديث تعجبون وتضحكون ولا تبكون} ؛ بكى أصحاب الصفة حتى جرت دموعهم على خدودهم، فلما سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم حنينهم؛ بكى معهم، فبكينا ببكائه، فقال صلى الله عليه وسلم: ((لا يلج النار من بكى من خشية الله، ولا يدخل الجنة مصرٌّ على معصية، ولو لم تذنبوا لجاء الله بقوم يذنبون فيغفر لهم)). [هب، ((الضعيفة)) (6695)].
(Palsu pada perenggan al-Israr (berterusan melakukan maksiat)) Daripada Abu Hurairah RA: Bila mana turunnya firman Allah SWT: {Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan al-Quran ini, Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis?} (al-Najm: 59-60), menangis para sahabat daripada kalangan Ahli Suffah sehingga mengalir air mata mereka di pipi mereka, dan apabila Rasulullah SAW mendengar tangisan mereka, Baginda menangis bersama mereka dan kami juga turun nangis kerana tangisan Baginda. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan masuk ke dalam neraka seseorang yang menangis kerana takutkan Allah, dan tidak akan masuk syurga siapa yang sentiasa melakukan maksiat, sekiranya suatu kaum itu tidak berdosa, Allah akan datangkan satu kaum yang lain yang berbuat dosa lalu diampunkan bagi mereka. [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6695)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman