Tiada Asal Baginya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا يَدْخُلُ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ مَنْ مَلَأَ بَطْنَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak akan masuk ke dalam kerajaan langit sesiapa yang memenuhkan perutnya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tiada Asal Baginya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 390, hadis no. 2076. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له) «لَا يَدْخُلُ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ مَنْ مَلَأَ بَطْنَهُ». [«الضعيفة» (720)].
(Tiada Asal Baginya) "Tidak akan masuk ke dalam kerajaan langit sesiapa yang memenuhkan perutnya". [Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 720].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman