Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tidak akan lenyap dari bumi ini 40 orang lelaki seumpama khalil al-Rahman (Nabi Ibrahim)

Teks Bahasa Arab

لن تَخلوَ الأرضُ مِنْ أربعينَ رجلًا مِثلَ خليلِ الرحمنِ ، فَبِهِم يُسقَوْنَ ، وبِهِم يُنصَرونَ ، ما مات منهم أَحَدٌ إلا أَبْدَلَ اللهُ مكانَه آخَرَ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak akan lenyap dari bumi ini 40 orang lelaki seumpama khalil al-Rahman (Nabi Ibrahim), disebabkan mereka manusia diberi minum, dan disebabkan mereka manusia diberi pertolongan. Apabila mati seorang dari kalangan mereka, Allah akan menggantikannya dengan orang lain.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 481, hadis no. 2590.

(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((لن تخلو الأرض من أربعين رجلا مثل خليل الرحمن، فبهم يسقون، وبهم ينصرون، ما مات منهم أحد إلا أبدل الله مكانه آخر)). [طس، ((الضعيفة)) (4341)]

(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak akan lenyap dari bumi ini 40 orang lelaki seumpama khalil al-Rahman (Nabi Ibrahim), disebabkan mereka manusia diberi minum, dan disebabkan mereka manusia diberi pertolongan. Apabila mati seorang dari kalangan mereka, Allah akan menggantikannya dengan orang lain. [Riwayat al-Mu’jam al-Awsat oleh al-Tabrani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4341]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.