Tidak akan kekal seorang pun pada hari Arafah yang dalam jantung hatinya seberat zarah keimana

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا يبقى أحد يوم عرفة في قلبه مثقال ذرة من إيمان إلا غفر له . فقال رجل : ألأهل معرف يا رسول الله ! أم للناس عامة ؟ فقال : بل للناس عامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak akan kekal seorang pun pada hari Arafah yang dalam jantung hatinya seberat zarah keimanan kecuali dia akan diampunkan. Lalu seorang lelaki berkata: Adakah untuk golongan tertentu, wahai Rasul Allah, atau untuk seluruh manusia? Baginda menjawab: Bahkan untuk seluruh manusia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 555, hadis nombor 2892. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن عمر – رضي الله عنهما – قال: سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: ((لا يبقى أحد يوم عرفة في قلبه مثقال ذرة من إيمان إلا غفر له. فقال رجل: ألأهل معرف يا رسول الله؟ أم للناس عامة؟ فقال: بل للناس عامة)).
[عبد بن حميد، الضعيفة)) (6048)]

(Palsu)
Daripada Abdullah bin Umar RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasul Allah SAW berkata: “Tidak akan kekal seorang pun pada hari Arafah yang dalam jantung hatinya seberat zarah keimanan kecuali dia akan diampunkan." Lalu seorang lelaki berkata: “Adakah untuk golongan tertentu, wahai Rasul Allah, atau untuk seluruh manusia?” Baginda menjawab: “Bahkan untuk seluruh manusia.”
[Riwayat ‘Abd bin Humayd. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6048]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.