Tidak akan elok agama ini melainkan dengan sifat pemurah dan juga akhlak yang baik

TEKS BAHASA ARAB

عن جبريل عن الله تعالى قال: إن هذا الدين ارتضيته لنفسي، ولن يصلح له إلا السخاء وحسن الخلق، فأكرموه بهما ما صحبتموه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Jibril AS, bahawa Allah berfirman: Sesungguhnya agama ini Aku telah meredainya dengan diri-Ku sendiri. Tidak akan elok agama ini melainkan dengan sifat pemurah dan juga akhlak yang baik. Maka muliakanlah orang lain dengan kedua-dua sifat ini selama mana kamu bersahabat dengannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 110, hadis nombor 563. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن جابر بن عبدالله – رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: عن جبريل عن الله تعالى قال: إن هذا الدين ارتضيته لنفسي، ولن يصلح له إلا السخاء وحسن الخلق، فأكرموه بهما ما صحبتموه.
[طس، ((الضعيفة)) (5736)]

(Lemah)
Daripada Jabir ibn ‘Abdullah RA, beliau menceritakan tentang Rasulullah SAW. Jabir RA telah berkata: Daripada Jibril AS, bahawa Allah berfirman: Sesungguhnya agama ini Aku telah meredainya dengan diri-Ku sendiri. Tidak akan elok agama ini melainkan dengan sifat pemurah dan juga akhlak yang baik. Maka muliakanlah orang lain dengan kedua-dua sifat ini selama mana kamu bersahabat dengannya.
[Riwayat oleh al-Ṭabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5736]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs