Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عن جبريلَ عن الله تعالى قال: إن هذا الدِّينَ ارتضَيْتُهُ لنَفْسِي، ولن يَصْلحَ له إلا السَّخاءُ وحُسْنُ الخُلُقِ، فَأَكْرِمُوه بهما ما صَحِبْتُمُوهُ.
Teks Bahasa Melayu
Daripada Jibril AS, bahawa Allah berfirman: Sesungguhnya agama ini Aku telah meredainya dengan diri-Ku sendiri. Tidak akan elok agama ini melainkan dengan sifat pemurah dan juga akhlak yang baik. Maka muliakanlah orang lain dengan kedua-dua sifat ini selama mana kamu bersahabat dengannya.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 110, hadis no. 563. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر بن عبدالله - رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: عن جبريل عن الله تعالى قال: إن هذا الدين ارتضيته لنفسي، ولن يصلح له إلا السخاء وحسن الخلق، فأكرموه بهما ما صحبتموه. [طس، ((الضعيفة)) (5736)]
(Daif) Daripada Jabir ibn ‘Abdullah RA, beliau menceritakan tentang Rasulullah SAW. Jabir RA telah berkata: Daripada Jibril AS, bahawa Allah berfirman: Sesungguhnya agama ini Aku telah meredainya dengan diri-Ku sendiri. Tidak akan elok agama ini melainkan dengan sifat pemurah dan juga akhlak yang baik. Maka muliakanlah orang lain dengan kedua-dua sifat ini selama mana kamu bersahabat dengannya. [Riwayat oleh al-Ṭabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5736]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman