Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا تَرُدُّ دَعْوَةُ الـمَرِيضِ حَتَّى يَبْرَأَ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak akan ditolak doa orang yang sakit sehingga dia sembuh.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1498, hadis no. 7642. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعاً: ((لا ترد دعوة المريض حتى يبرأ)). [ابن أبي الدنيا ((الكفارات))، ((الضعيفة)) (5000)].
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak akan ditolak doa orang yang sakit sehingga dia sembuh. [Ibn Abi al-Dunya di dalam al-Kaffarat, Silsilah al-Da'ifah (5000].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman