Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Tidak akan datang kepada kalian satu zaman melainkan zaman selepasnya itu adalah lebih buruk

Teks Bahasa Arab

لَا يَأْتِي عَلَيْكُمْ زَمَانٌ إِلا وَالَّذِي بَعْدَهُ شَرٌّ مِنْهُ حَتَّى تلقوا ربكُم.

Teks Bahasa Melayu

Tidak akan datang kepada kalian satu zaman melainkan zaman selepasnya itu adalah lebih buruk daripada sebelumnya sehinggalah kalian bertemu Allah SWT.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. al-Fattanī (m. 986H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«كُلُّ عَامٍ تَرْذُلُونَ» مِنْ كَلامِ الْحسن الْبَصْرِيّ بل مَعْنَاهُ فِي البُخَارِيّ بِلَفْظ «لَا يَأْتِي عَلَيْكُمْ زَمَانٌ إِلا وَالَّذِي بَعْدَهُ شَرٌّ مِنْهُ حَتَّى تلقوا ربكُم».

“Setiap tahun kalian akan menjadi hina.” Ia merupakan kata-kata al-Hasan al-Basri. Akan tetapi makna kata-kata tersebut bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari. Lafaznya ialah: “Tidak akan datang kepada kalian satu zaman melainkan zaman selepasnya itu adalah lebih buruk daripada sebelumnya sehinggalah kalian bertemu Allah SWT.”

Rujukan

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.