Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tidak akan datang hari kiamat sehingga manusia saling bermusuhan akan tuhan mereka

Teks Bahasa Arab

لا تقومُ السَّاعةُ حتَّى تكونَ خصوماتُ الناسِ في ربِّهم.

Teks Bahasa Melayu

Tidak akan datang hari kiamat sehingga manusia saling bermusuhan akan tuhan mereka.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 528, hadis no. 2801.

(ضعیف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «لا تقوم الساعة حتى تكون خصومات الناس في ربهم». [ابن عبدالبر في «الجامع»، الهروي في «ذم الكلام»، فر، «الضعيفة»، (5775)].

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata:“Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan datang hari kiamat sehingga manusia saling bermusuhan akan tuhan mereka”.” [Riwayat Ibn ‘Abd al-Bar dalam kitabnya al-Jāmi‘, al-Harawī dalam kitabnya Dham al-Kalām, al-Dailamī dalam kitab al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5775].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.