Tidak akan berlakunya kiamat sehinggalah tiada lagi di atas muka bumi ini, seseorang yang Allah berhajat kepadanya

TEKS BAHASA ARAB

لا تقوم الساعة حتى لا يبقى على وجه الأرض أحد لله فيه حاجة، وحتى توجد المرأة نهارا جهارا تنكح وسط الطريق، لا ينكر ذلك أحد ولا يغيره، فيكون أمثلهم يؤمئذ الذي يقول: لو نحيتها عن الطريق قليلا، فذاك فيهم مثل أبي بكر وعمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1311, hadis nombor 6694. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: لا تقوم الساعة حتى لا يبقى على وجه الأرض أحد لله فيه حاجة، وحتى توجد المرأة نهارا جهارا تنكح وسط الطريق، لا ينكر ذلك أحد ولا يغيره، فيكون أمثلهم يؤمئذ الذي يقول: لو نحيتها عن الطريق قليلا، فذاك فيهم مثل أبي بكر وعمر.
[ك، ((الضعيفة)) (١٢٥٤)].

(Sangat lemah)
Daripada Abi Hurairah RA, daripada Nabi SAW bahawa baginda bersabda: Tidak akan berlakunya kiamat sehinggalah tiada lagi di atas muka bumi ini, seseorang yang Allah berhajat kepadanya dan sehingga adanya seorang wanita yang disetubuhi di tengah jalan pada siang hari secara terang-terangan. Tidak ada seorang pun yang mengingkari perkara tersebut dan tidak ada juga yang mengubahnya. Orang terbaik dalam kalangan mereka ketika itu adalah yang berkata: Kalaulah dia setubuhinya jauh sedikit daripada jalan tersebut, orang itu dalam kalangan mereka seumpama Abi Bakr dan ‘Umar.
[Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1254].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs