Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى لَا يَبْقَى عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِِ أَحَدٌ لِلَّهِ فِيهِ حَاجَةٌ، وَحَتَّى تُوجَدَ الْمَرْأَةُ نَهَارًا جِهَارًا تُنْكَحُ وَسَطَ الطَّرِيقِ، لَا يُنْكِرُ ذَلِكَ أَحَدٌ وَلَا يُغَيِّرُهُ، فَيَكُونُ أَمْثَلُهُمْ يَوْمَئِذٍ الَّذِي يَقُولُ: لَوْ نَحَّيْتَهَا عَنِ الطَّرِيقِ قَلِيلًا، فَذَاكَ فِيهِمْ مِثْلُ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ فِيكُمْ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak akan berlakunya kiamat sehinggalah tiada lagi di atas muka bumi ini, seseorang yang Allah berhajat kepadanya dan sehingga adanya seorang wanita yang disetubuhi di tengah jalan pada siang hari secara terang-terangan. Tidak ada seorang pun yang mengingkari perkara tersebut dan tidak ada juga yang mengubahnya. Orang terbaik dalam kalangan mereka ketika itu adalah yang berkata: Kalaulah dia setubuhinya jauh sedikit daripada jalan tersebut, orang itu dalam kalangan mereka seumpama Abi Bakr dan 'Umar.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1311, hadis no. 6694. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat lemah) Daripada Abi Hurairah RA, daripada Nabi SAW bahawa baginda bersabda: Tidak akan berlakunya kiamat sehinggalah tiada lagi di atas muka bumi ini, seseorang yang Allah berhajat kepadanya dan sehingga adanya seorang wanita yang disetubuhi di tengah jalan pada siang hari secara terang-terangan. Tidak ada seorang pun yang mengingkari perkara tersebut dan tidak ada juga yang mengubahnya. Orang terbaik dalam kalangan mereka ketika itu adalah yang berkata: Kalaulah dia setubuhinya jauh sedikit daripada jalan tersebut, orang itu dalam kalangan mereka seumpama Abi Bakr dan 'Umar. [Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1254].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman