Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُجْعَلَ كِتَابُ اللّهِ عَارًا، وَيَكُونَ الْإسْلَامُ غَرِيبًا، وَحَتَّى يَبْدُو الشَّحْنَاءُ بَيْنَ النَّاسِ، وَحَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ، وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ، وَيَنْقُصَ عُمْرُ الْبَشَرِ، وَيُنتَقَصَ السُّنُونُ وَالثَّمَرَاتِ، وَيُؤمَّنَ التُّهَمَاءُ، وَيُتَّهَمَ الْأُمَنَاءُ، وَيُصَدَّقَ الْكَاذِبُ، وَيُكَذَّبَ الصَّادِقُ، وَيَكْثُرَ الْهَرْجُ، قَالُوا: وَمَا الْهَرْجُ يَا رَسُولَ اللّهِ!؟ قَالَ: الْقَتْلُ، وَحَتَّى تُبْنَى الْغُرَفُ فَتَطَاوَلَ، وَحَتَّى يَحْزَنَ ذَوَاتُ الْأَوْلَادِ، وَتَفْرَحَ الْعَوَاقِر، وَيَظْهَرَ الْبَغْيُ وَالْحَسَدُ وَالشُّحُّ، وَيَهْلِكَ النَّاسُ، وَيَكثُرَ الْكَذِبُ، وَيَقِلَّ الصِّدْقُ، وَتَخْتَلِفَ الْأُمُورُ بَيْنَ النَّاسِ، وَيُتَّبَعَ الْهَوَى، وَيُقْضَى بِالظَّنِّ، وَيَكْثُرَ الْمَطَرُ، وَيَقِلَّ الثَّمَرُ، وَيَغِيضَ الْعِلْمُ غَيْضًا، وَيَفِيضَ الْجَهْلُ فَيْضًا، وَحَتَّى يَكُونَ الْوَلَدُ غَيْظًا، وَالشِّتَاءُ قَيْظًا، وَحَتَّى يُجْهَرَ بِالْفَحْشَاءِ، وَيُرْوَى الْأَرْضُ رَيًّا، وَيَقُومَ الْخُطَبَاءُ بِالْكَذِبِ فَيَجْعَلُونَ حَقِّي لِشِرَارِ أُمَّتِي، فَمَن صَدَّقَهُمْ بِذَلِكَ وَرَضِيَ بِهِ، لَمْ يَرَحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak akan berlakunya hari kiamat sehingga Kitab Allah ditanggalkan (dihina), Islam menjadi asing, terjadinya permusuhan sesama manusia, ilmu diangkat, masa semakin singkat, umur manusia semakin berkurangan, bilangan tahun serta tumbuh-tumbuhan semakin sedikit, para pendusta diberi amanah, orang jujur pula ditohmah, pembohong yang dianggap benar, dan orang yang benar didustai serta kekacauan semakin berleluasa. Mereka bertanya: Apa itu kekacauan wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Pembunuhan. Bilik-bilik dibina dan ditinggikan, yang memiliki anak merasa sedih, yang mandul merasa gembira, kezaliman, hasad dengki dan kebakhilan semakin jelas, manusia menjadi binasa, penipuan berleluasa, kebenaran semakin sedikit, urusan sesama manusia penuh dengan persengketaan, hawa nafsu diikuti, dihakimi sesuatu dengan prasangka, hujan semakin banyak, hasil semakin sedikit, ilmu surut dengan sebenar-benarnya, kejahilan mengalir dengan sebenar-benarnya, seorang anak menjadi orang yang kasar, musim sejuk menjadi panas, perkara keji dilakukan secara terbuka, bumi diliputi air, para khatib berkhutbah dengan perkara dusta, mereka menjadikan hakKu di tangan orang-orang jahat dalam kalangan umatKu, maka sesiapa yang membenarkan mereka, nescaya dia tidak akan dapat mencium bau syurga.
Sahabat Perawi
- Abu Musa al-Ash'ari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1294, hadis no. 6622. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تقوم الساعة حتى يجعل كتاب الله عارا، ويكون الإسلام غريبا، وحتى يبدو الشحناء بين الناس، وحتى يقبض العلم، ويتقارب الزمان، وينقص عمر البشر، وينتقص السنون والثمرات، ويؤمن التهماء، ويتهم الأمناء، ويصدق الكاذب، ويكذب الصادق، ويكثر الهرج، قالوا: وما الهرج يا رسول الله!؟ قال: القتل، وحتى تبنى الغرف فتطاول، وحتى يحزن ذوات الأولاد، وتفرح العواقر، ويظهر البغي والحسد والشح، ويهلك الناس، ويكثر الكذب، ويقل الصدق، وتختلف الأمور بين الناس، ويتبع الهوى، ويقضى بالظن، ويكثر المطر، ويقل الثمر، ويغيض العلم غيضا، ويفيض الجهل فيضا، وحتى يكون الولد غيظا، والشتاء قيظا، وحتى يجهر بالفحشاء، ويروى الأرض ريا، ويقوم الخطباء بالكذب فيجعلون حقي لشرارأمتي، فمن صدقهم بذلك ورضي به؛ لم يرح رائحة الجنة. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6156)].
(Lemah) Daripada Abu Musa al-Ash'ari RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan berlakunya hari kiamat sehingga Kitab Allah ditanggalkan (dihina), Islam menjadi asing, terjadinya permusuhan sesama manusia, ilmu diangkat, masa semakin singkat, umur manusia semakin berkurangan, bilangan tahun serta tumbuh-tumbuhan semakin sedikit, para pendusta diberi amanah, orang jujur pula ditohmah, pembohong yang dianggap benar, dan orang yang benar didustai serta kekacauan semakin berleluasa. Mereka bertanya: Apa itu kekacauan wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Pembunuhan. Bilik-bilik dibina dan ditinggikan, yang memiliki anak merasa sedih, yang mandul merasa gembira, kezaliman, hasad dengki dan kebakhilan semakin jelas, manusia menjadi binasa, penipuan berleluasa, kebenaran semakin sedikit, urusan sesama manusia penuh dengan persengketaan, hawa nafsu diikuti, dihakimi sesuatu dengan prasangka, hujan semakin banyak, hasil semakin sedikit, ilmu surut dengan sebenar-benarnya, kejahilan mengalir dengan sebenar-benarnya, seorang anak menjadi orang yang kasar, musim sejuk menjadi panas, perkara keji dilakukan secara terbuka, bumi diliputi air, para khatib berkhutbah dengan perkara dusta, mereka menjadikan hakKu di tangan orang-orang jahat dalam kalangan umatKu, maka sesiapa yang membenarkan mereka, nescaya dia tidak akan dapat mencium bau syurga. [Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6156].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman