Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تقومُ السَّاعةُ حتَّى تُتَّخذَ المساجدُ طرُقًا، وحتَّى يسلِّمَ الرَّجلُ علَى الرَّجلِ بالمعرِفةِ، وحتَّى تتَّجِرَ المرأةُ وزوجُها، وحتَّى تغلوَ الخيلُ والنِّساءُ، ثمَّ ترخُصَ فلا تَغلو إلى يومِ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak akan berlaku kiamat hingga masjid-masjid hanya dijadikan sebagai jalan, hinggalah seseorang memberi salam kepada seseorang yang lain kerana mengenalinya, juga sehingga wanita berniaga (berjual beli) bersama suaminya, (begitu juga tidak akan berlaku kiamat) sehingga harga kuda dan (mahar) wanita menjadi mahal, kemudian ia dikurangkan (menjadi murah) semula dan tidak lagi mahal hinggalah hari kiamat.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1317, hadis no. 6726. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Kharijah bin al-Salt al-Burjami, katanya: Suatu hari aku masuk bersama 'Abdullah ke dalam masjid, ketika itu satu kumpulan sedang rukuk, kemudian seorang lelaki telah melintasi mereka dan memberi salam kepadanya. 'Abdullah berkata: Benarlah Allah dan RasulNya, benarlah Allah dan RasulNya, aku pun bertanya tentang hal tersebut, beliau pun berkata: Tidak akan berlaku kiamat hingga masjid-masjid hanya dijadikan sebagai jalan, hinggalah seseorang memberi salam kepada seseorang yang lain kerana mengenalinya, juga sehingga wanita berniaga (berjual beli) bersama suaminya, (begitu juga tidak akan berlaku kiamat) sehingga harga kuda dan (mahar) wanita menjadi mahal, kemudian ia dikurangkan (menjadi murah) semula dan tidak lagi mahal hinggalah hari kiamat. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1531].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman