TEKS BAHASA ARAB
لاتقوم الساعة حتى تكثر فيكم أولاد الجن من نسائكم، ويكثر نسبهم فيكم حتى يجادلوكم بالقرآن؛ حتى يردوكم عن دينكم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak akan berlaku kiamat sehingga anak jin daripada wanita dalam kalangan manusia banyak bilangannya, sehingga ramai nasab keturunan mereka kepada kalian sehinggakan mereka membantah kalian dengan Al-Quran, sehingga mereka membuat kalian berpaling dari agama kalian.
STATUS
Sangat munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 957, hadis nombor 4942. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا)
عن ابن عمر – رضي الله عنهما – – قال: قال رسول الله ﷺ: لا تقوم الساعة حتى تكثر فيكم أولاد الجن من نسائكم، ويكثر نسبهم فيكم حتى يجادلوكم بالقرآن؛ حتى يردوكم عن دينكم.
[الكلاباذي في ((مفاتح المعاني))، ((الضعيفة)) (5776)].
(Sangat Munkar)
Diriwayatkan daripada Ibn Umar RA telah berkata: Sabda Rasulullah SAW: Tidak akan berlaku kiamat sehingga anak jin daripada wanita dalam kalangan manusia banyak bilangannya, sehingga ramai nasab keturunan mereka kepada kalian sehinggakan mereka membantah kalian dengan Al-Quran, sehingga mereka membuat kalian berpaling dari agama kalian.
[Riwayat al-Kilabazi dalam Miftah al-Ma’ani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5776].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.