Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تقومُ السَّاعةُ حتَّى تَكثُرَ فيكُم أولادُ الجنِّ مِن نسائِكُم ، ويكثرُ نسَبُهم فيكُم ؛ حتَّى يجادِلوكُم بالقرآنِ ؛ حتَّى يردُّوكُم عن دينِكُم.
Teks Bahasa Melayu
Tidak akan berlaku kiamat sehingga anak jin daripada wanita dalam kalangan manusia banyak bilangannya, sehingga ramai nasab keturunan mereka kepada kalian sehinggakan mereka membantah kalian dengan Al-Quran, sehingga mereka membuat kalian berpaling dari agama kalian.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 957, hadis no. 4942. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن ابن عمر – رضي الله عنهما - – قال: قال رسول الله ﷺ: لا تقوم الساعة حتى تكثر فيكم أولاد الجن من نسائكم، ويكثر نسبهم فيكم حتى يجادلوكم بالقرآن؛ حتى يردوكم عن دينكم. [الكلاباذي في مفاتح المعاني، الضعيفة (5776)].
(Sangat Munkar) Diriwayatkan daripada Ibn Umar RA telah berkata: Sabda Rasulullah SAW: Tidak akan berlaku kiamat sehingga anak jin daripada wanita dalam kalangan manusia banyak bilangannya, sehingga ramai nasab keturunan mereka kepada kalian sehinggakan mereka membantah kalian dengan Al-Quran, sehingga mereka membuat kalian berpaling dari agama kalian. [Riwayat al-Kilabazi dalam Miftah al-Ma’ani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5776].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman