Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تقومُ الساعةُ حتى يكونَ الولدُ غيْظًا ، والمطرُ قيْظًا ، وتفيضُ اللئامُ فيْضًا ، ويغيضَ الكرامُ غيْضًا ، ويجترئَ الصغيرُ على الكبيرِ ، واللئيمُ على الكريمِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak akan berlaku kiamat hinggalah si anak menjadi pemarah, musim hujan menjadi sangat panas (kemarau), orang yang mencela benar-benar ramai, orang yang mulia benar-benar berkurangan, orang muda tidak menghormati orang tua dan celaan terhadap orang yang mulia.
Sahabat Perawi
- Ummu al-Dhirab
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 819, hadis no. 4216. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Ummi al-Darrab, katanya: Ayahku telah meninggal dunia dan dia meninggalkan kepadaku seorang adik lelaki, dia tidak meninggalkan apa-apa harta pun kepada kami. Lalu bapa saudaraku datang daripada Madinah, kami berdua pun keluar bertemu ‘Aishah, dia masukkan aku dalam ruangan khusus untuk wanita kerana aku ketika itu masih sebagai hamba perempuan, hamba lelaki tidak dibenarkan masuk. Lalu bapa saudaraku pun mengadu kepada ‘Aishah hajatnya, lalu ‘Aishah pun menyuruh untuk kami diberikan dua ekor binatang zakat, dua karung (harta), dua tempat duduk dan pokok bidara (demikian, boleh jadi ia adalah: alas yang diletakkan di atas binatang tunggangan), kemudian ‘Aishah berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan berlaku kiamat hinggalah si anak menjadi pemarah, musim hujan menjadi sangat panas (kemarau), orang yang mencela benar-benar ramai, orang yang mulia benar-benar berkurangan, orang muda tidak menghormati orang tua dan celaan terhadap orang yang mulia. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6160]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman