TEKS BAHASA ARAB
لا تقوم الساعة حتى يتحول خيار أهل العراق إلى الشام ويتحول شرار أهل الشام إلى العراق.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak akan berlaku kiamat hinggalah penduduk Iraq yang terbaik berpindah ke Syam dan penduduk Syam yang paling jahat berpindah ke Iraq.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1399, hadis nombor 7096. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف موقوف)
عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: لا تقوم الساعة حتى يتحول خيار أهل العراق إلى الشام ويتحول شرار أهل الشام إلى العراق.
[حم، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6712)]
(Lemah, sanadnya terputus (mawquf))
Daripada Abi Umamah RA, katanya: Tidak akan berlaku kiamat hinggalah penduduk Iraq yang terbaik berpindah ke Syam dan penduduk Syam yang paling jahat berpindah ke Iraq.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6712]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.