TEKS BAHASA ARAB
لا تقوم الساعة حتى يجعل كتاب الله عارا ويكون الإسلام غريبا وحتى يبدو الشحناء بين الناس وحتى يقبض العلم ويتقارب الزمان وينقص عمر البشر وينتقص السنون والثمرات ويؤمن التهماء ويتهم الأمناء ويصدق الكاذب ويكذب الصادق ويكثر الهرج قالوا : وما الهرج يا رسول الله؟ قال : القتل وحتى تبنى الغرف فتطاول وحتى يحزن ذوات الأولاد وتفرح العواقر ويظهر البغي والحسد والشح ويهلك الناس ويكثر الكذب ويقل الصدق وتختلف الأمور بين الناس ويتبع الهوى ويقضى بالظن ويكثر المطر ويقل الثمر ويغيض العلم غيضا ويفيض الجهل فيضا وحتى يكون الولد غيظا والشتاء قيظا وحتى يجهر بالفحشاء ويروى الأرض ريا ويقوم الخطباء بالكذب فيجعلون حقي لشرار أمتي فمن صدقهم بذلك ورضي به لم يرح رائحة الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak akan berlaku hari kiamat sehinggalah kitabullan dijadikan sebagai hina, Islam menjadi asing, serta munculnya perbalahan dalam kalangan manusia sehingga ilmu dicabut, masa semakin dekat, umur manusia semakin berkurang, tahun-tahun dan juga pokok-pokok semakin berkurangan, golongan yang ditohmah dipercayai, manakala golongan yang amanah ditohmah. Orang yang berbohong dikatakan benar, manakala orang yang benar didustakan, serta banyak berlakunya bencana. Para sahabat bertanya: Apakah bencana itu wahai Rasulullah? Baginda SAW telah menjawab: Pembunuhan dan juga sehingga dibina bilik-bilik lalu ia ditinggikan, sehingga yang memiliki anak akan berasa sedih, manakala golongan yang tidak memiliki anak akan berasa gembira. Akan muncul permusuhan, hasad, dan juga sifat kedekut. Manusia akan binasa, banyak berlaku pembohongan, dan kejujuran semakin sedikit, banyak berlaku perselisihan pendapat dalam kalangan manusia, hawa nafsu akan diikuti, akan dijatuhkan hukuman berdasarkan sangkaan, hujan akan turun dengan lebat, hasil tumbuhan semakin berkurangan, ilmu semakin sedikit, manakala kejahilan semakin banyak. Dan sehingga anak-anak semakin kasar, musim sejuk semakin panas, kemungkaran dilakukan secara terang-terangan, bumi akan mengeluarkan air yang banyak, dan para pengkhutbah berdiri dengan pembohongan dan mereka memberikan hak aku kepada golongan yang jahat dari kalangan umatku. Maka sesiapa yang membenarkan mereka akan perbuatan tersebut dan meredainya. maka dia tidak akan mencium bauan syurga.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 136, hadis nombor 685. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه قال: قال رسول اللہ ﷺ: لا تقوم الساعة حتى يجعل كتاب الله عارا ويكون الإسلام غريبا وحتى يبدو الشحناء بين الناس وحتى يقبض العلم ويتقارب الزمان وينقص عمر البشر وينتقص السنون والثمرات ويؤمن التهماء ويتهم الأمناء ويصدق الكاذب ويكذب الصادق ويكثر الهرج قالوا : وما الهرج يا رسول الله؟ قال : القتل وحتى تبنى الغرف فتطاول وحتى يحزن ذوات الأولاد وتفرح العواقر ويظهر البغي والحسد والشح ويهلك الناس ويكثر الكذب ويقل الصدق وتختلف الأمور بين الناس ويتبع الهوى ويقضى بالظن ويكثر المطر ويقل الثمر ويغيض العلم غيضا ويفيض الجهل فيضا وحتى يكون الولد غيظا والشتاء قيظا وحتى يجهر بالفحشاء ويروى الأرض ريا ويقوم الخطباء بالكذب فيجعلون حقي لشرار أمتي فمن صدقهم بذلك ورضي به لم يرح رائحة الجنة. [ابن مساكر، الضعيفة، (6156)].
(Lemah) Daripada Abū Mūsā al-Ash‘arī RA secara marfū‘: Tidak akan berlaku hari kiamat sehinggalah kitabullan dijadikan sebagai hina, Islam menjadi asing, serta munculnya perbalahan dalam kalangan manusia sehingga ilmu dicabut, masa semakin dekat, umur manusia semakin berkurang, tahun-tahun dan juga pokok-pokok semakin berkurangan, golongan yang ditohmah dipercayai, manakala golongan yang amanah ditohmah. Orang yang berbohong dikatakan benar, manakala orang yang benar didustakan, serta banyak berlakunya bencana. Para sahabat bertanya: Apakah bencana itu wahai Rasulullah? Baginda SAW telah menjawab: Pembunuhan dan juga sehingga dibina bilik-bilik lalu ia ditinggikan, sehingga yang memiliki anak akan berasa sedih, manakala golongan yang tidak memiliki anak akan berasa gembira. Akan muncul permusuhan, hasad, dan juga sifat kedekut. Manusia akan binasa, banyak berlaku pembohongan, dan kejujuran semakin sedikit, banyak berlaku perselisihan pendapat dalam kalangan manusia, hawa nafsu akan diikuti, akan dijatuhkan hukuman berdasarkan sangkaan, hujan akan turun dengan lebat, hasil tumbuhan semakin berkurangan, ilmu semakin sedikit, manakala kejahilan semakin banyak. Dan sehingga anak-anak semakin kasar, musim sejuk semakin panas, kemungkaran dilakukan secara terang-terangan, bumi akan mengeluarkan air yang banyak, dan para pengkhutbah berdiri dengan pembohongan dan mereka memberikan hak aku kepada golongan yang jahat dari kalangan umatku. Maka sesiapa yang membenarkan mereka akan perbuatan tersebut dan meredainya. maka dia tidak akan mencium bauan syurga. [Diriwayatkan oleh Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6156)]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.