TEKS BAHASA ARAB
لا تقوم الساعة حتى يكون الزهد رواية، والورع تصنعا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga zuhud itu menjadi sekadar riwayat (fiksyen), dan warak itu (menjadi sifat yang) dibuat-buat.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 624, hadis nombor 3246. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((لا تقوم الساعة حتى يكون الزهد رواية، والورع تصنعاً)). [حل، فر، ((الضعيفة)) (4791)].
(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga zuhud itu menjadi sekadar riwayat (fiksyen), dan warak itu (menjadi sifat yang) dibuat-buat."
[Riwayat Abu Nuaym dalam al-Hilyah, dan al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4791].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.