Tidak akan berkumpul bagi orang beriman kharaj dan ‘usyur

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: لا يجتمع على مؤمن خراج وعشر.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tidak akan berkumpul bagi orang beriman kharaj (cukai tanah yang dikenakan ke atas pemilik sama ada Islam atau bukan Islam) dan ‘usyur (cukai yang dikenakan sebanyak 10 peratus daripada hasil pertanian yang diperolehi daripada tuan tanah).


STATUS

Batil


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 60, hadis nombor 3. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال ابن حبان وابن عدي: باطل لم يروه إلا يحيى بن عنبسة وهو دجال.
وإنما حكاه أبو حنيفة عن حماد عن إبراهيم من قوله: فوصله يحيى وكذا قال البيهقي.

Al-Khatib meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi).
Ibn Hibban dan Ibn Adi berkata: Hadith ini batil, tidaklah meriwayatkanya melainkan Yahya bin ‘Ansabah dan dia dihukumkan sebagai dajjal.

Sebenarnya riwayat ini diceritakan oleh Abu Hanifah daripada Hammad bin Ibrahim daripada perkataannya lalu disambung oleh Yahya. Begitu juga pandangan al-Baihaqi.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon