Classification icon

Batil

30/06/2024

minit bacaan



Tidak akan berkumpul bagi orang beriman kharaj dan ‘usyur

Teks Bahasa Arab

حديث: لا يجتمع على مؤمن خراج وعشر.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Tidak akan berkumpul bagi orang beriman kharaj (cukai tanah yang dikenakan ke atas pemilik sama ada Islam atau bukan Islam) dan ‘usyur (cukai yang dikenakan sebanyak 10 peratus daripada hasil pertanian yang diperolehi daripada tuan tanah).

Sahabat Perawi

  1. Ibn Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 60, hadis no. 3. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن حبان وابن عدي: باطل لم يروه إلا يحيى بن عنبسة وهو دجال. وإنما حكاه أبو حنيفة عن حماد عن إبراهيم من قوله: فوصله يحيى وكذا قال البيهقي.

Al-Khatib meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi). Ibn Hibban dan Ibn Adi berkata: Hadith ini batil, tidaklah meriwayatkanya melainkan Yahya bin ‘Ansabah dan dia dihukumkan sebagai dajjal. Sebenarnya riwayat ini diceritakan oleh Abu Hanifah daripada Hammad bin Ibrahim daripada perkataannya lalu disambung oleh Yahya. Begitu juga pandangan al-Baihaqi.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.