Tidak akan berjaya langsung seorang yang gemuk

TEKS BAHASA ARAB

ما أفلح سمين قط.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak akan berjaya langsung seorang yang gemuk.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 156, hadis nombor 272. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

من كلام الشافعي، وقال: إلا محمد بن الحسن. فقيل له: ولم؟ قال لأنه لا يعدو العاقل من أن يهتم لآخرته أو لدنياه، والشحم مع الهم لا ينعقد، فإذا خلا منها صار في حد البهائم. وفيه قصة ملك المثقل وتطببه بخبر الموت.

Daripada kalam al-Syafie dan dia berkata: Melainkan Muhammad bin al-Hassan. Lalu ditanya padanya: Kenapa? Dia berkata: Kerana seorang yang berakal tidak lepas daripada sibuk mementingkan urusan akhirat atau dunianya, sedangkan kegemukan dan gundah gulana tidak berpadu. Jika seseorang tidak kosong dari keduanya, jadilah dia sama saja dengan haiwan. Dan padanya terdapat kisah raja yang terbeban dan dia mengubatinya dengan khabar kematian.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.