Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا أَفْلَحَ سَمِيْنٌ قَطُّ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak akan berjaya langsung seorang yang gemuk.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 156, hadis no. 272. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
من كلام الشافعي، وقال: إلا محمد بن الحسن. فقيل له: ولم؟ قال لأنه لا يعدو العاقل من أن يهتم لآخرته أو لدنياه، والشحم مع الهم لا ينعقد، فإذا خلا منها صار في حد البهائم. وفيه قصة ملك المثقل وتطببه بخبر الموت.
Daripada kalam al-Syafie dan dia berkata: Melainkan Muhammad bin al-Hassan. Lalu ditanya padanya: Kenapa? Dia berkata: Kerana seorang yang berakal tidak lepas daripada sibuk mementingkan urusan akhirat atau dunianya, sedangkan kegemukan dan gundah gulana tidak berpadu. Jika seseorang tidak kosong dari keduanya, jadilah dia sama saja dengan haiwan. Dan padanya terdapat kisah raja yang terbeban dan dia mengubatinya dengan khabar kematian.
Rujukan
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
Makluman