Tidak akan berhimpun air zam-zam bersama neraka jahannam di dalam perut hamba selamanya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لا يجتمع ماء زمزم ونار جهنم في جوف عبد أبدا وما طاف عبد بالبيت إلا وكتب الله له بكل قدم مائة ألف حسنة


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tidak akan berhimpun air zam-zam bersama neraka jahannam di dalam perut hamba selamanya, tidaklah tawaf seorang hamba di kaabah melainkan Allah menulis setiap langkahnya 1juta pahala kebaikan.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 112, hadis nombor 26. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


في إسناده: كذاب قاله في الذيل

Di dalam sanadnya terdapat pendusta sebagaimana disebutkan oleh al-Suyuthi di dalam al-Zail.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs