Tidak akan berganjak kaki orang yang menjadi saksi palsu

TEKS BAHASA ARAB

لن ‌تزول ‌قدما شاهد الزور حتى يوجب الله له النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak akan berganjak kaki orang yang menjadi saksi palsu sehinggalah Allah mewajibkan neraka baginya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 773, hadis nombor 3952. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((لن ‌تزول ‌قدما شاهد الزور حتى يوجب الله له النار)). [هـ، ك، عق، ((الضعيفة)) (1259)]

(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Tidak akan berganjak kaki orang yang menjadi saksi palsu sehinggalah Allah mewajibkan neraka baginya." [Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Uqaili dalam al-Dhu'afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1259]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs