Tidak akan berganjak dua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat, sehingga dia ditanya mengenai empat perkara

TEKS BAHASA ARAB

لا تزول قدما عبد يوم القيامة حتى يسأل عن أربع: عن عمره فيما أفناه، وعن جسده فيما أبلاه، وعن ماله فيما أنفقه ومن أين اكتسبه، وعن حبنا أهل البيت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak akan berganjak dua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat, sehingga dia ditanya mengenai empat perkara: mengenai umurnya pada apa dia habiskan, mengenai jasadnya pada apa dia lusuhkan, mengenai hartanya pada apa dia belanjakan dan dari mana dia memperolehnya, dan mengenai mencintai kami; Ahli Bait.

STATUS

Batil dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1988, hadis nombor 9956. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل بهذا اللفظ) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((لا تزول قدما عبد يوم القيامة حتى يسأل عن أربع: ((عن عمره فيما أفناه، وعن جسده فيما أبلاه، وعن ماله فيما أنفقه ومن أين اكتسبه، وعن حبنا أهل البيت)).
[طب، ((الضعيفة)) (1922)]

(Batil dengan lafaz ini) Daripada Ibnu Abbas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Tidak akan berganjak dua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat, sehingga dia ditanya mengenai empat perkara: mengenai umurnya pada apa dia habiskan, mengenai jasadnya pada apa dia lusuhkan, mengenai hartanya pada apa dia belanjakan dan dari mana dia memperolehnya, dan mengenai mencintai kami; Ahli Bait”.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 1922]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs