Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tidak akan bergabung iman dan bakhil dalam jantung hati seorang mukmin selama-lamanya

Teks Bahasa Arab

لا يجتمعُ الإيمانُ والبُخلُ في قلبِ رجلٍ مؤمنٍ أبدًا ومَن أُوتيَ السَّماحةَ معَ الإيمانِ ؛ فقد أُوتيَ أخلاقَ الأنبياءِ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak akan bergabung iman dan bakhil dalam jantung hati seorang mukmin selama-lamanya. Dan barangsiapa yang dikurniakan berlapang dada daripada iman, maka dia telah dikurniakan akhlak para nabi.

Sahabat Perawi

  1. Sa'id al-Shami RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 556, hadis no. 2893.

(موضوع) عن عبد العزيز بن سعيد عن أبيه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((لا يجتمع الإيمان والبخل في قلب رجل مؤمن أبدا، ومن أوتي السماحة من الإيمان؛ فقد أوتي أخلاق الأنبياء)). [عد، ((الضعيفة)) (6063)]

(Palsu) Daripada ‘Abd al-Aziz bin Sa‘id daripada bapanya daripada Nabi SAW, baginda berkata: “Tidak akan bergabung iman dan bakhil dalam jantung hati seorang mukmin selama-lamanya. Dan barangsiapa yang dikurniakan berlapang dada daripada iman, maka dia telah dikurniakan akhlak para nabi.” [Riwayat Ibn ‘Adi dalam kitab al-Kamil fi al-Du‘afa’. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6063]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.