Tidak akan berbunyi keldai sehingga ia melihat syaitan atau syaitan menyerupainya

TEKS BAHASA ARAB

لا ينهق الحمار حتى يرى شيطانا، أو يتمثل له شيطان، فإذا كان ذلك، فاذكروا الله، وصلوا علي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak akan berbunyi keldai sehingga ia melihat syaitan atau syaitan menyerupainya. Jika terjadi demikian, ingatlah kepada Allah dan berselawatlah ke atasku.

STATUS

Munkar dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1567, hadis nombor 7937. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا اللفظ) عن أبي رافع-رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا ينهق الحمار حتى يرى شيطانا، أو يتمثل له شيطان، فإذا كان ذلك، فاذكروا الله، وصلوا علي)). [طب، ((الضعيفة))(6387)].

(Munkar dengan lafaz ini)
Daripada Abu Rafi’ RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan berbunyi keldai sehingga ia melihat syaitan atau syaitan menyerupainya. Jika terjadi demikian, ingatlah kepada Allah dan berselawatlah ke atasku.
[Riwayat al-Tabarani di dalam Kitab al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6387].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs