Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا زكاةَ في حَجَرٍ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada zakat (dikenakan) pada batu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 889, hadis no. 4563. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنه- مرفوعا: ((لا زكاة في حجر)). [عد، هق، ((الضعيفة)) (4801)].
(Lemah) Daripada Abdullah bin Amru RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Tidak ada zakat (dikenakan) pada batu.” [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa’ dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4801].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman